Isnin, 27 Februari 2017

MOONLIGHT: HITAM KEPADA BIRU



TAHUN : 2016
PENGARAH: Berry Jenkins
LAKON LAYAR: Berry Jenkins & Tarell McCraney
PARA PELAKON:  Trevante Rhodes, Andre Holland, Janelle Monae
Ashton Sanders, Mahershalla Ali, Alex Hibbert, Naomie Harris, Jharell Jerome
NEGARA: Amerika




Thing that makes we simply can follow the whole story is the fragmentation technique whereby Jenkins has divided his film into three: i) Little, ii) Chiron, iii) Black. So we know that we are watching on how a child move from phase to another phase of life, from a boy to a man. Ya, semudah itu. But what is he between a boy and a man really have a strong point that mould his soul and physical building. Apa yang tidak mudah ialah urusan kejiwaan, selalunya. 

Kejiranan yang didiami oleh golongan kulit hitam di Amerika biasa ditonjolkan dalam filem Amerika. Dadah, keluarga yang berpecah belah, pergaduhan, senjata api, pembulian, ini juga suatu kebiasaan. Sesetengah filem juga menunjukkan cara bagaimana untuk mengawal hal-hal ini seperti kelas yang diadakan di rumah untuk anak-anak dalam filem Unconditional (2012) oleh Brent McCorckle. Malah Moonlight turut menunjukkan hal ini menerusi bangunan projek perumahan Liberty Square. Sesuatu yang lazim seperti blok-blok yang dibina untuk cuba memberi penempatan yang baik di kejiranan ini.

Dan di petempatan ini ada kisah tentang seorang budak bernama Chiron yang dipanggil Little (Alex Hibbert). Yang menjadikannya unik, dia tidak bergasak seperti anak-anak lelaki lain pada fasa i dan sangat rapat dengan kepala pengedar kokain, Juan (Mahershala Ali). Fasa ii, dia sudah memakai nama sendiri, Chiron (Ashton Sanders). Kita tahu dia sedang memilih untuk menjadi diri sendiri dan dua fasa ini adalah fasa kritikal sebelum ke fasa iii. Dirinya yang fizikal, jiwanya, seksualitinya, mencapai kesedaran pada fasa ini. Dan fasa iii adalah bahagian sukar untuk sesuatu perubahan dalaman. Chiron ialah Black pada fasa ini, memegang apa yang yang berada di hujung fasa ii. 

"Who is you, Chiron?" Soal Kevin. "I am me, Man." Benarkah dia adalah dirinya, sedangkan Chiron sudah memilih menjadi Black? Memilih diri menjadi apa, adalah soalan yang kecil tetapi persoalannya sangat besar. Ia adalah keseluruhan hidup kemudiannya.

Filem ini ditamatkan secara open-ending. Penamat yang terbuka yang kadang-kadang payah untuk kita putuskan sendiri, setelah sebegitu mudah jalan cerita yang kita lalui tadi. Seperti kepayahan memutuskan diri untuk menjadi apa. Bingkainya kembali kepada sosok Little berdiri di tepi pantai. berpaling kemudiannya dengan wajah naif di bawah cahaya bulan kebiru-biruan. Kita dibawa kepada kata-kata Juan, "Black boy in moonlight look blue." Kali ini secara visual.

Black boy in moonlight look blue (some said that came from the title of McCraney's play; In Moonlight Black Boys Look Blue). If they may change the color of their skin, will their fate change too? If the 'moonlight pours' on them, will they have a good environment, will Chiron decide to become Black, will he falls in love with a girl instead of a boy and will people give the same look on blue like looking on black? Will Black has different life if yet, he is Little? Mungkinkah semua hal akan berubah menjadi lebih baik, atau apa yang berlaku memang sudah cukup baik? Dan bagaimana penonton sendiri, apakah ada persepsi yang akan berubah?

Kita akan melihat ini pada bingkai terakhir, setelah jalan cerita yang mudah dengan urusan jiwa yang payah. 



- Sayidah Mu'izzah -




0 ulasan:

Catat Ulasan