Khamis, 26 Januari 2017

LA LA LAND: APA MAKSUD 'LIGHTHOUSE' YANG SAMA?



LA LA LAND (2016)
Damien Chazelle


Ada orang bertanya, apa maksud saya apabila saya menuliskan 'meski dengan 'lighthouse' yang sama' dalam ulasan filem La La Land sebelum ini dalam LA LA LAND: SEBUAH HOMAJ AUTENTIK

Jadi marilah kita lihat gambar di atas. Seorang pembikin filem tidak akan saja-saja mencampakkan imeh dalam bingkainya.

Ini kali ketiga Seb dan Mia bertemu setelah bermusim hanya berpapasan di jalanan, dan pertemuan pertama yang tidak menyenangkan, juga pertemuan kedua yang membawa kepada pertemuan ini.

Seb dan Mia punya 'lighthouse' yang sama. Cahaya hidup mereka adalah dunia seni. Rumah api adalah harapan setiap anak kapal agar benar dan selamat menjejak darat. Maka inilah harapan mereka dalam dunia seni. Filem ini tentang hararapan dan harapan adalah cahaya hidup manusia.

Perhatikan dua lukisan cahaya yang berlainan arah dan mereka berjalan berlainan arah. Jadi kita sebenarnya dari awal lagi sudah diberitahu bahawa mereka tak akan bersama meski dengan 'lighthouse' (seni) yang sama.

Seringkali juga orang bertanya kepada saya, bagaimana saya mengesan hal ini? Nanti kita bicara waktu lain ya.



-Sayidah Mu'izzah-


0 ulasan:

Catat Ulasan