Sabtu, 16 Januari 2016

TERJAH MEDIA: APA PENULIS WAJIB TAHU DAN BUAT?


SEKARANG, sesiapapun boleh menulis atau teringin menjadi penulis atau teruja menggelarkan dirinya sebagai seorang penulis. Bukan sahaja itu, sekarang juga, ramai yang ingin menjadi penerbit. Maka, lahirlah lambakan bahan penulisan dan juga wujudnya lambakan penerbit (tak kisahlah mereka wujud atas label apa yang mereka ingin letakkan).

Saya tidak mahu menyentuh hal lambakan penerbit dalam penulisan kali ini. Saya akan sentuh hal ini nanti. Sengaja saya nyatakan lebih awal supaya memberi peringatan kepada diri saya dan juga pembaca /penulis/penerbit budiman sekalian.

Topik kali ini tentang apakah yang seseorang penulis wajib tahu atau buat sebelum dia menghantar manuskrip atau karyanya ke mana-mana media yang dia inginkan. Saya tertarik untuk berkongsi tentang hal ini atas beberapa sebab, iaitu:
  1. Kebanyakan penulis baru (dan juga lama) sebenarnya tidak tahu bagaimana cara untuk menghantar karya mereka
  2. Ramai yang secara sedar atau tidak telah melanggar etika penulisan (dan penerbitan)
  3. Penulis baru terutamanya terlalu leka dan bodoh sombong (tidak ingin belajar dan rasa selesa apabila kononnya karya mereka mendapat 'like' yang banyak di media sosial)
  4. Penulis lama angkuh, pantang ditegur dan ego untuk menerima kritikan
Kami di Legasi Oakheart menerima pelbagai ragam daripada para penulis yang menghantar karya mereka. Setiap ragam mewakili sikap yang diketengahkan oleh mereka sama ada secara sedar ataupun tidak. Dan ini serba sedikit mengganggu perkembangan mereka dalam dunia penulisan.

Tidak dinafikan, ada yang sangat bagus menulis tetapi tidak dari segi sikap. Ada yang sikapnya bagus tetapi penulisannya tidaklah sehebat mana. Walaupun begitu, orang sebegini yang sungguh-sungguh ingin belajar dan perbaiki karya mereka, mereka inilah yang akan lebih ke hadapan, insya-Allah.

Baru-baru ini saya ada kongsikan tiga keping poster di media sosial tentang topik yang saya sentuh kali ini. Dan alhamdulillah, mendapat maklum balas yang baik daripada ramai penulis. Saya gembira dan berharap agar apa yang dikongsikan itu serba sedikit dapat membantu mereka yang benar-benar ingin memajukan diri. Yang terus ego dan berasa sudah cukup selesa dengan cara dan karya masing-masing, dipersilakan dengan pilihan anda. Saya tiada kuasa untuk memaksa dan menghalang.

Saya perturunkan tiga keping poster itu di sini sebagai perkongsian sekali lagi buat awak yang sudi membaca catatan ini. Dan saya mohon awak hebahkan kepada rakan-rakan lain agar sama-sama dapat kita manfaatkan ilmu milik Tuhan ini.

Terima kasih dan selamat berkarya!

SEBELUM HANTAR KARYA

SEMASA HANTAR KARYA

SELEPAS HANTAR KARYA
p/s: ketiga-tiga poster ini disiarkan di media sosial rasmi Legasi Oakheart pada 27-30 Disember 2015.


Hafiz Latiff

0 ulasan:

Catat Ulasan